apa lelaki buat apa wanita fikirkan...

Artikel dari mingguan wanita.

Berhubung dengan BEKAS KEKASIH.

Pandangan LELAKI - perkara sudah berlalu dan tiada apa yang perlu dipertikaikan lagi. malah anda juga mungkin menganggap wanita itu sebagai kawan biasa sahaja.

Pandangan WANITA - anda cuba berlaku curang kepadanya dengan menghubungi kekasih lama dan ia satu perbuatan yang sukar dimaafkan. bagi wanita, anda harus bersikap jujur, memberi sepenuh tumpuan kepada dirinya dan tiada perkongsian. sekali anda menghubungi bekas kekasih, itu memberi petanda anda bukan lelaki yang setia.

APA HARUS ANDA LAKUKAN? - biar banyak mana pun memori anda dengan bekas kekasih ia bukan satu perkara yang perlu anda ingati lagi, sebaliknya beri tumpuan kepada pasangan anda sekarang. mengenang nostalgia adalah saat manis bagi semua orang dan anda mungkin tidak terkecuali. namun bila anda memilih si dia, usah menoleh ke belakang lagi. pandang ke hadapan dan bina saat bahagia bersamanya.

Berbual dengan RAKAN WANITA.
Pandangan LELAKITiada salahnya, ia perkara biasa kerana anda memerlukan teman untuk berbual-bual. perbualan anda juga mungkin tidak menjurus kepada perasaan kerana dia hanya sekadar kawan.

Pandangan WANITA - Kawan atau apa saja tanggapan anda, ia tetap mendatangkan cemburu di hati wanita. bagi wanita, mula-mula kawan tetapi akhirnya menjadi kekasih dan itulah yang kerap terjadi. bagi wanita juga, lebih baik dicegah dari berlanjutan.

APA HARUS ANDA LAKUKAN? - Sesuatu yang harus difahami, wanita memang terkenal dengan sikap cemburu. berkongsi pasangan adalah satu perkara atau perbuatan yang tidak boleh diterima akal fikiran wanita. jadi berhati-hatilah kerana hati yang terluka susah untuk dirawat. 

0 comments:

Post a Comment

Sunday, November 7, 2010

No comments:

Post a Comment

Pelangi Mewarnai Hidup Kita! Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino